11,000 penjawat awam bermasalah ( kesihatan )

11,000 penjawat awam bermasalah

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Kira-kira 11,000 kakitangan awam pelbagai pangkat serta sektor kini tidak lagi mencapai tahap 100 peratus produktif kerana dibebani pelbagai masalah termasuk kesihatan dan prestasi kerja tidak memuaskan tetapi tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun, berdasarkan pekeliling baru Jabatan Perkhidmatan Awam, golongan terbabit boleh diminta bersara awal jika terus dibebani pelbagai masalah seperti itu bagi memastikan sistem penyampaian agensi kerajaan sentiasa dalam keadaan terbaik.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata bagi kakitangan awam yang mengalami masalah kesihatan, prestasi kerja mereka menurun dan pemeriksaan kesihatan yang kerap menyebabkan sering tidak berada di pejabat.

“Kakitangan awam yang mengalami masalah kesihatan akan sering menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyebabkan tugas rutin mereka di pejabat tertunggak.



“Ini menyebabkan prestasi kerja mereka menurun selain kakitangan lain terpaksa melakukan tugas itu untuk menggantikan mereka,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Powered By Blogger

ARTIKEL TERKINI

BLOG CHE DIN