TEORI TENTANG MENGUAP

SEMUA orang menguap. Tidak kira bayo mahupun warga emas , menguap adalah perbuatan yang sering dilakukan malah haiwan juga begitu. Tetapi mengapa kita menguap? Tidak ada sebab yang pasti untuk menjelaskannya. Namun, terdapat beberapa teori yang diusulkan untuk menjelaskan perbuatan menguap.

Salah satunya ialah faktor kepenatan. Apabila penat pernafasan akan menjadi semakin dalam daripada biasa. Berdasarkan teori ini , tubuh akan kekurangan oksigen kerana pernafasan menjadi perlahan. Oleh itu , menguap akan membantu membekalkan lebih oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan lebih banyak karbon diaoksida daripada darah. Menguap juga mungkin berlaku akibat reflek luar kawalan yang membantu mengawal paras oksigen dan karbon dioksida.

Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.

Menguap dan Kurang Oksigen ? Mungkin anda boleh cuba CELLRENEW yang mampu membekalkan oksigen kedalam sel darah anda.... Sila ke www.cellrenew.myniaga.net

Ok , Ada pula orang kata kalau dalam satu kelas ada sorang menguap nanti orang lain pun akan menguap... he he kenapa yer .. Mungkin persekitaran kelas itu kurang oksigen? fikir-fikirkan .. Dapatkan cellrenew anda sekarang.....

Hairuddin Abdullah

USE TESTIMONY FOR SHARING [UTFS]

Apa khabar SAHABAT semua. Terima kasih kerana masih bersama saya dalam blog baru ni. Kali ini aku nak ceritakan satu perkara penting yang akan membantu anda membuat jualan yang hebat samada anda lakukan secara offline atau online..

USE TESTIMONY FOR SHARING (UTFS)> Ya ! TESTIMONI adalah amat penting dan menjadi satu KUASA BARU untuk membantu anda membuat jualan. Apa yang meyakinkan anda jika anda ingin membeli sesuatu produk , atau PERNAHKAH anda membuat pembelian sesuatu barang kerana TERPENGARUH dengan kata-kata rakan anda yang telah menggunakan produk tersebut dan secara TAK SENGAJA telah merangsang anda untuk membelinya....

Mungkin anda pernah dengar ayat ini... " Mat ! Wah sedap betul la TOM YAM kat Restoren yang baru buka tu , memang puas hati betul , kaw kaw punya" Jika anda memang peminat TOM YAM tentu anda juga teringin nak cuba TOM YAM di Restoren tersebut sedangkan sebelum ini anda hanya melihat saja Restoren tu dan rasa tak yakin , tetapi setelah MAT bagi RESPON atau TESTIMONINYA kepada anda mungkin ia akan menguatkan lagi keputusan anda untuk mencuba !!!!...

Atau " Zul, Alhamdulillah masalah kaki aku yang sakit-sakit sebelum ni nampaknya dah ok lah sejak minum susu yang aku beli ari tu. Kau pun ada sakit-sakit kaki juga kaki , cubalah mana tau serasi dengan kau " ..

JANGAN PANDANG RINGAN terhadap TESTIMONI PELANGGAN anda.... Ia akan menjadi KUASA BARU jualan anda. Cari dan Dapatkan TESTIMONI sebanyak mungkin ...

Bagaimana Memanfaatkan TESTIMONI :

Anda boleh hantar SMS seperti ini

" Testimoni Lube-Xtra Smart Naco : Saya sendiri guna Lube Xtra. Hari tu balik Sarawak memang jimat minyak. Dari Papar , Sabah ke Saratok Sarawak jarak lebih kurang 1000km. Belanja minyak saya hanya RM100 sahaja. " Willy , Sabah.....

Apabila saya dapat sahaja SMS ini saya Forwardkan ke rakan-rakan lain dan ada 2 orang order Lube Xtra dengan saya .

Anda boleh Rakam Video dan Buat dalam bentuk VCD..

Mengapa produk susu IgG Plus MELETOP adalah kerana KUASA TESTIMONI yang telah di VCD.. Jadi ianya lebih mudah dikongsikan maklumat ini . Memang HEBAT dan BERKUASA Testimoni Rakaman yang di VCD kan...

Buat dalam bentuk Flyer

Anda juga boleh masukkan testimoni dalam bentuk flyer untuk diberikan kepada rakan-rakan atau bakal pelanggan anda.

Bercerita

Anda berceritalah TESTIMONI kepada rakan-rakan anda , tidak menjurus kepada produk semata-mata. Ceritakan manfaatkan produk hasil testimoni....

MENJUAL BAGAIMANA ?

Yang anda perlukan adalah SHARING ( Berkongsi Cerita ) - Sms , CD , Online , Bersembang terlebih dahulu. Tidak perlu promosikan Produk seperti anda seorang jurujual. Anda buat bisnes ini bukan untuk menjadi jaguh jurujual tetapi PEMIMPIN RANGKAIAN SELURUH DUNIA.


Jadi proses MENJUAL bermula dari anda berkongsikan TESTIMONI PRODUK tersebut dan saya YAKIN ianya lebih mudah dari ada menceritakan tentang produk....

SO .. KUMPUKAN Testimoni Anda Sendiri , Failkan dia dan kongsikan dengan sesiapa sahaja... INGAT ! TESTIMONI mempunyai KUASA YANG CUKUP HEBAT untuk JUALAN .....

Ok , setakat itu yang dapat saya sharekan. Jadi jika dapatkan seberapa banyak Testimoni , hantar SMS , Buat rakaman Video dan terbitkan dalam bentuk VCD dan buat apa yang terbaik asalkan tidak melanggar undang-undang......

Selamat Maju Jaya

Hairuddin Abdullah
myniaga.net

CIK PA'AT SELAMAT DIBEDAH

Salam Sejahtera ! Semoga kita diberikan kesihatan yang baik hasil dari usaha kita menjaga dan mengawal gaya hidup sihat kita. Ingat lagi tak beberapa hari lalu aku ada citer kisah Cik Pa'at yang kena kancer pada saluran makanan dia. Alhamdulillah hari ni Cik Pa'at telah menjalani pembedahan setelah sebulan lebih berada di Hospital Kuala Lumpur. Di beritakan Cik Pa'at masuk jam 9 pagi tadi dan keluar 8 jam kemudiannya. Sekarang masih lagi dalam penjagaan rapi Doktor yang merawatnya... Semoga Cik Pa'at cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala...

Apa bila di sebut tentang pembedahan yang melibatkan 8 jam masa yang diambil agak-agak berapa yer kos perbelanjaan pembedahan dan berapa pula kos tinggal di Hospital selama sebulan lebih. Tentu banyakkan . Waktu itulah wang yang dikumpulkan dapat membantu serba sedikit. Memang kalau nak dibandingkan antara Wang dan Kesihatan , ramai orang kata nak pilih kesihatan dengan hujah kalau dah sakit duit banyak pun tak guna . TETAPI antara WANG dan KESAKITAN bagaimana pula. Tentu WANG cukup penting untuk proses rawatan kan? Jadinya WANG dan KESIHATAN juga sama-sama penting dan yang paling penting adalah KEBERKATAN dan KERAHMATAN hidup dari Wang dan Kesihatan yang di anugerahkan Illahi. Itu yang lebih penting sebenarnya.

Kisah Rakan Ada Anemia ...

Semalam masa chating dengan seorang rakan junior masa di USM dia dah 2 hari MC kerana sakit lama datang lagi. Bila ditanya dia sakit apa dia kata Anemia. Anemia? Anemia adalah penyakit kekurangan sel darah merah. Dan antara Fungsi Sel Darah merah adalah membantu membawa oksigen kedalam tubuh badan dan tubuh badan kita memerlukan 65% oksigen berkualiti. Sebab tu la dia kata dia selalu sesak nafas , muka nampak pucat dan dulu masa sejuk2 selalu keluar darah di hidung.

Jadi aku cadangkan produk hebat SMART NACO iaitu CELLRENEW kerana fungsi utama CELLRENEW adalah membekalkan oksigen kedalam sel darah kita selain ada fungsi-fungsi lain. Kalau anda nak lihat info tentang CELLRENEW sila kliks link di bawah ...

http://cellrenew.myniaga.net

Jadi setelah mengetahui kepentingannya , dia sedia untuk mendapatkan CELLRENEW dan kini Dr. bagi ubat tambah darah kepada dia...

Kisah LUBE XTRA

Setelah aku promosikan tentang kehebatan lubextra hari ini dah ada 3 orang order lubextra untuk dicuba dikereta. Tadi pi stokis sampai habis lubextra. Lubextra membantu melindungi enjin kita disamping dapat menjimatkan minyak. Nak cuba lube xtra dan tengok demo sementara saya open kepada public sila la ker


Klik ke ruangan produk dan testimoni produk serta pilihlah produk lubextra.

Setakat ini dahulu ... Semoga Cik Pa'at sembuh dan pulih seperti sedia kala...

Sekian Terima Kasih

Hairuddin Abdullah
myniaga network

BUAH PINGGANG MENAPIS KOTORAN DALAM TUBUH

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana buah pinggang bekerja?

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah. Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini me~ ngandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Meningkat tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Dialisis buah pinggang

Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan buah pinggang kronik

Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

Tanda-tanda kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?

Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

WANITA, JULAI 1997, M/S 110-112




MENANTI PEMBEDAHAN

Salam Sejahtera ! Kepada SAHABAT MYNIAGA saya ucapkan terima kasih atas sokongan selama ini. Baiklah untuk memulakan post yang pertama saya ingin kongsikan kisah Pak Saudara saya yang berjiran dengan saya di Kampung. Kami panggil Cik 'At. Cik'At memang saudara mara kami dan dok sebelah rumah saya di kampung.

Ketika saya ke Sabah beberapa minggu yang lalu saya dapat SMS dari Yan anaknya mengatakan yang Cik 'At masuk hospital Kuala Lumpur. Jadi sebulan yang sudah saya dan isteri sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur.

Bila sampai sana dan tanya sakit apa , beliau tunjukkan gambar scan di ruang salur makan menuju ke perut. Dan aku lihat ada satu ketulan yang besar dan menutup salur makanan iaini antara tekak dan perut. Jadi apabila Cik 'At makan semua makanan yang kasar akan keluar balik kerana dah tak dapat masuk. Jadi sementara tunggu hasil kajian dah satu bulan Cik 'At duduk di hospital. Selepas 3 minggu Dr mengesahkan yang Cik 'At telah mengidap kancer usus dan kancer tersebut telah membengkak seperti ketumbuhan. Jadi Cik 'At sepatutnya semalam menjalani pembedahan tetapi oleh kerana beberapa perkara di tunda ke hari esok.

Anda bayangkan selama 1 bulan lebih Cik 'At dan Isterinya meninggalkan rumah di kampung , sebulan lebih itu juga Cik 'At hanya makan nestum dan air milo . Jesteru itu kita perlu menjaga usus kita dengan sebaiknya...

Jika di Smart Naco kita ada Green Factors yang berfungsi membersih dan menjaga usus kita. InsyaALLAH nanti saya ceritakan tentang Fungsi dan Manfaat Green Factor agar kita sama-sama dapat menjaga usus kita.....

Ok lah , kita sama-sama doakan Cik 'At selamat menjalani pembedahan dan boleh hidup seperti sedia kala. Tak meriah kampung kalau tak der Cik 'At.

Semoga kita diberikan Kesihatan yang baik... Amin

Hairuddin

Selamat Datang Ke Myniaga Sihat

Selamat Datang Ke Laman Myniaga Sihat. Syukur Alhamdulillah akhirnya satu lagi blog rangkaian myniaga.net dapat dibangunkan setelah blog perjalanan bisnes che din. Blog ini akan memaparkan tentang beberapa perkara berikut:

1. Perniagaan
2. Kesihatan
3. Pendidikan
4. Penghargaan
5. Persahabatan

Blog ini lebih khusus kepada arah bisnes bersama Smart Naco Sdn Bhd dan aktiviti yang dijalankan oleh Sahabat Myniaga. Paparan tentang kesihatan , maklumat produk , info terkini , tips perniagaan , motivasi dan sebagainya.

Bagaimana buat duit melalui myniaga.net bersama perniagaan MLM secara INTERPOS juga akan di ketengahkan. Duit amat penting dalam kehidupan namun kesihatan lagi penting dari duit yang kita dapat . Dalam erti kata lain duit dan kesihatan adalah keperluan bersama. Duit amat diperlukan apabila kita mengalami keadaan tidak sihat atau sakit.

myniaga mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada kalian semua

Setakat ini dahulu yang dapat di kongsikan di post pertama ini. Dapatkan isu-isu kesihatan di blog ini.

Sekian

Hairuddin Abdullah
Admin Myniaga Network

Powered By Blogger

ARTIKEL TERKINI

BLOG CHE DIN