USE TESTIMONY FOR SHARING [UTFS]

Apa khabar SAHABAT semua. Terima kasih kerana masih bersama saya dalam blog baru ni. Kali ini aku nak ceritakan satu perkara penting yang akan membantu anda membuat jualan yang hebat samada anda lakukan secara offline atau online..

USE TESTIMONY FOR SHARING (UTFS)> Ya ! TESTIMONI adalah amat penting dan menjadi satu KUASA BARU untuk membantu anda membuat jualan. Apa yang meyakinkan anda jika anda ingin membeli sesuatu produk , atau PERNAHKAH anda membuat pembelian sesuatu barang kerana TERPENGARUH dengan kata-kata rakan anda yang telah menggunakan produk tersebut dan secara TAK SENGAJA telah merangsang anda untuk membelinya....

Mungkin anda pernah dengar ayat ini... " Mat ! Wah sedap betul la TOM YAM kat Restoren yang baru buka tu , memang puas hati betul , kaw kaw punya" Jika anda memang peminat TOM YAM tentu anda juga teringin nak cuba TOM YAM di Restoren tersebut sedangkan sebelum ini anda hanya melihat saja Restoren tu dan rasa tak yakin , tetapi setelah MAT bagi RESPON atau TESTIMONINYA kepada anda mungkin ia akan menguatkan lagi keputusan anda untuk mencuba !!!!...

Atau " Zul, Alhamdulillah masalah kaki aku yang sakit-sakit sebelum ni nampaknya dah ok lah sejak minum susu yang aku beli ari tu. Kau pun ada sakit-sakit kaki juga kaki , cubalah mana tau serasi dengan kau " ..

JANGAN PANDANG RINGAN terhadap TESTIMONI PELANGGAN anda.... Ia akan menjadi KUASA BARU jualan anda. Cari dan Dapatkan TESTIMONI sebanyak mungkin ...

Bagaimana Memanfaatkan TESTIMONI :

Anda boleh hantar SMS seperti ini

" Testimoni Lube-Xtra Smart Naco : Saya sendiri guna Lube Xtra. Hari tu balik Sarawak memang jimat minyak. Dari Papar , Sabah ke Saratok Sarawak jarak lebih kurang 1000km. Belanja minyak saya hanya RM100 sahaja. " Willy , Sabah.....

Apabila saya dapat sahaja SMS ini saya Forwardkan ke rakan-rakan lain dan ada 2 orang order Lube Xtra dengan saya .

Anda boleh Rakam Video dan Buat dalam bentuk VCD..

Mengapa produk susu IgG Plus MELETOP adalah kerana KUASA TESTIMONI yang telah di VCD.. Jadi ianya lebih mudah dikongsikan maklumat ini . Memang HEBAT dan BERKUASA Testimoni Rakaman yang di VCD kan...

Buat dalam bentuk Flyer

Anda juga boleh masukkan testimoni dalam bentuk flyer untuk diberikan kepada rakan-rakan atau bakal pelanggan anda.

Bercerita

Anda berceritalah TESTIMONI kepada rakan-rakan anda , tidak menjurus kepada produk semata-mata. Ceritakan manfaatkan produk hasil testimoni....

MENJUAL BAGAIMANA ?

Yang anda perlukan adalah SHARING ( Berkongsi Cerita ) - Sms , CD , Online , Bersembang terlebih dahulu. Tidak perlu promosikan Produk seperti anda seorang jurujual. Anda buat bisnes ini bukan untuk menjadi jaguh jurujual tetapi PEMIMPIN RANGKAIAN SELURUH DUNIA.


Jadi proses MENJUAL bermula dari anda berkongsikan TESTIMONI PRODUK tersebut dan saya YAKIN ianya lebih mudah dari ada menceritakan tentang produk....

SO .. KUMPUKAN Testimoni Anda Sendiri , Failkan dia dan kongsikan dengan sesiapa sahaja... INGAT ! TESTIMONI mempunyai KUASA YANG CUKUP HEBAT untuk JUALAN .....

Ok , setakat itu yang dapat saya sharekan. Jadi jika dapatkan seberapa banyak Testimoni , hantar SMS , Buat rakaman Video dan terbitkan dalam bentuk VCD dan buat apa yang terbaik asalkan tidak melanggar undang-undang......

Selamat Maju Jaya

Hairuddin Abdullah
myniaga.net

0 comments

Powered By Blogger

ARTIKEL TERKINI

BLOG CHE DIN